TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, January 15, 2011

Kolej Mara Kuala Nerang


Latar Belakang
Kolej MARA Kuala Nerang memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok akademik dan blok asrama. Pada asal pembinaan kolej ini, ia menggunakan peruntukan MRSM walaupun nama rasminya adalah Kolej MARA.

Kolej MARA Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Kolej ini dinamakan "Kuala Nerang" kerana lokasinya yang berhampiran dengan pekan Kuala Nerang iaitu pekan utama daerah Padang Terap. Pada asalnya kolej ini mempunyai sebuah blok pentadbiran yang bersambung terus dengan dua (2) blok akademik utama iaitu blok akademik Utara (kini dikenali sebagai Cemerlang) dan Selatan (kini dikenali sebagai Gemilang), Recreation Center (kini dikenali sebagai Dataran Usahawan), dewan selera, tiga (3) blok asrama iaitu blok L (kini dikenali sebagai Iman), blok P (kini dikenali sebagai Ikhlas) dan blok Q (kini dikenali sebagai Ikhsan), dua (2) unit rumah sebuah/banglow (kini salah satunya didiami oleh ketua warden), dua (2) unit kuarters guru semi-D, Dewan Badlishah, Pondok Pengawal, Perpustakaan dan surau.

Peta Lokasi Ke Kolej MARA Kuala Nerang

Alamat :
Kolej MARA Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
No. Telefon : 
04-7867250, 04-7867255
No. Faks : 
04-7867254
Laman Web :  

Email : kmkn@mara.gov.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...