TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Monday, March 12, 2012

Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012


Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012 telah dijayakan pada 8, 9 & 10 Mac 2012 di Mini Stadium Kuala Nerang. Tahniah buat ADUN Kuala Nerang YB Dato Syed Sobri bin Syed Hashim serta  Urusetia Pertandingan kerana berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar di Daerah Padang Terap. Pertandingan ini berjaya menarik sebanyak 48 buah pasukan yang diundi dalam 12 kumpulan.
Pasukan MSFC A (Mini Stadium Football Club) telah menjadi "Juara Antara Juara" pada pertandingan kali ini sekaligus merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 7,000.00 serta Piala Juara Antara Juara. Manakala Naib Johan disandang oleh Pasukan CRK Lampara yang menerima hadiah berjumlah RM5,000.00.

Keputusan Penuh 
JOHAN : MSFC A (Mini Stadium Football Club)
NAIB JOHAN : CRK Lampara FC
KETIGA & KEEMPAT : MSFC B & PKNK FC

Penjaring Terbanyak : Mohd Faizal Darus (MSFC A)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Mohd Roslan Shafiee (MSFC A)

Sebahagian dari pasukan yang menyertai Pesta Bola Sepak  9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012


Pemain Terbaik Perlawanan Akhir,  Mohd Roslan Shafiee (MSFC A)

Dua pasukan finalis Pesta Bola Sepak  9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...