TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, January 17, 2015

Majunaka Eco Energy Sdn. Bhd.Labur RM106 Juta Bina Janakuasa Berasaskan Sekam Padi

Alor Setar : Majunaka Eco Energy Sdn Bhd akan melabur RM106 juta untuk membina stesen janakuasa tenaga diperbaharui menggunakan sekam padi dan ranting kayu yang pertama di Malaysia.

Apabila pembinaannya siap tahun depan, stesen janakuasa tenaga diperbaharui itu yang terletak di Naka, Padang Terap, akan menjana 9.95 Megawatt (MW) elektrik.

Pengerusi, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, berkata lebih daripada tujuh MW tenaga elektrik yang dijananya akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) manakala selebihnya akan digunakan oleh stesen sendiri.

"Syarikat sudah mendapat kelulusan daripada agensi dan pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) serta Suruhanjaya Tenaga.

 "Ia akan menjadi stesen janakuasa tenaga diperbaharui yang pertama di Malaysia yang mana bahan-bahan bakarnya adalah daripada sekam padi dan ranting-ranting kayu," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini.

Majlis pecah tanah pembinaan stesen janakuasa tenaga diperbaharui itu akan diadakan pada 24 Jan ini.

Stesen janakuasa tenaga diperbaharui itu dijangka menggunakan kira-kira 300 tan sekam padi dan ranting kayu sehari bagi menjana kuasa elektrik yang diperlukan.

Dalam tempoh sebulan, stesen janakuasa itu akan menggunakan kira-kira 9,000 tan sekam padi dan ranting kayu. Kami mempunyai kontrak dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membawa keluar sekam padi dari kompleksnya di Kedah.

Syed Sobri berkata, pengilang padi di Kedah mempunyai masalah untuk melupuskan sekam padi dan berikutan itu syarikatnya mengemukakan cadangan untuk membina stesen janakuasa tenaga diperbaharui itu.

Stesen janakuasa tenaga diperbaharui menggunakan sekam padi telah dibina di Thailand sejak 1995.

Syarikat itu diberi konsesi hingga 2032 untuk menjual tenaga elektrik yang dijananya kepada TNB pada kadar jualan yang kompetitif.

Mengikut perjanjian, syarikat akan mula menjual tenaga elektrik yang dihasilkannya kepada TNB bermula 1 Jan 2016. - BERNAMA

Dipetik : Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my/node/27729)

Syed Sobri Syed Hashim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Zaki Anhar (kanan) dan Pengurus Perkhidmatan Korporat Datin Ungku Ashiela Ungku Hamzah menunjukkan buku kerangka projek stesen jana elektrik yang akan dibina di Pekan Naka, Alor Setar, baru-baru ini.– BERNAMA 

Proses pembinaan stesen jana kuasa itu yang direka bentuk oleh sekumpulan jurutera tempatan menggunakan teknologi Jepun, dijangka mengambil masa selama setahun.

Stesen jana kuasa tenaga boleh diperbaharui di Naka itu katanya, bakal menjadi contoh kepada Kedah dalam sektor industri penjanaan kuasa elektrik menggunakan sekam padi.

Syed Sobri berkata, stesen jana kuasa menggunakan sekam padi pertama negara di Naka itu juga menyediakan pelbagai peluang ekonomi untuk penduduk tempatan menjana pendapatan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...