BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
Tarikh lahir : Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, semperna peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.Hamba perempuan bapa rasulullah).
Ibu susu pertama : Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah(lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Usia 5 tahun
Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.
Usia 6 tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman(hamba perempuan bapa rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
Usia 8 tahun
Datuknya,Abdul Muttalib pula meninggal dunia.Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Tolib.
Usia 9 Tahun
Baginda mengambil upah untuk mengembala kambing bagi penduduk kota mekah dengan mendapat upah yang sedikit.
Usia 12 tahun
Bersama saudaranya abu tolib , bermusafir ke syam kali pertama atas urusan perniagaan.di kota basrah negeri sham, seorang pendita nasroni bernama bukharra telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dikalangan bangsa arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia 14 / 15 tahun
Terlibat dalam peperangan fijar. Baginda nabi Muhammad telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut.
Usia 20 Tahun
Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di kota mekah.
Usia 25 Tahun
Musafir kali ke-2 ke kota syam atas urusan perniagaan baranga khadijah binti khuwailid.Perjalanan nabi ke syam telah ditemani oleh seorang lelaki ( orang suruhan Khadijah ) yang dikenali sebagai maisarah ( penunjuk jalan ). Baginda SAW bersama-sama abu tolib dan beberapa bapa saudara nabi pergi bertemu amru bin al-asad ( bapa saudara Khadijah ) untuk meminang khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.mas kahwin perkahwinan nabi adalah sebanyak 500 dirham.
Usia 35 Tahun
Banjir besar melanda kota mekah dan meruntuhkan dinding kaabah.Pembinaan semula ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk kota mekah. Rasullullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan Hajarul aswad ketempat asalnya dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut.
Usia 40 Tahun
Menerima wahyu pertama di gua hira’ dipuncah Jabal Nur ( Bukit Cahaya ) sebagai pelantikan nabi dan rasul akhir zaman.
Usia 53 Tahun
Berhijrah ke Madinah Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar AsSiddiq.Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622 Masihi.
Usia 63 tahun
Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.
Isteri-isteri Rasullullah SAW
1. khadijah binti khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. Aisyah binti Abu bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Ummu Habibah binti abu sufyan
6. Ummu salamah ( hindun binti umayyah )
7. Zainab binti jahsy
8. Maimunah binti haris
9. Safiyyah binti huyai
10. Zainab binti khuzaimah.
Anak-anak Rasullullah SAW
1. Qassim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqayyah
6. Ummu Kalsum
7. Fatimah
Anak tiri Rasullullah SAW
Halah bin hind bin habbasy.
Beliau adalah anak kepada Khadijah bersama hind.Ketika berkahwin dengan
Rasullullah SAW , Khadijah adalah seorang janda.
Saudara sesusu Rasullullah SAW
Ibu susuan Rasullullah SAW
1. Thuwaibah al-aslamiah
2. Halimatus Sa’diah
Saudara susuan Rasullullah SAW
1. Hamzah
2. Abu salamah Abdullah bin abdul asad
3. Abu sufyan bin harith bin abdul muthalib
4. Abdullah bin harith bin abdul Uzza
5. Syaima’ binti harith bin abdul Uzza
6. Aisyah binti harith bin abdul Uzza
Bapa dan ibu saudara Rasullullah SAW
1. Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ( islam )
5. Al-Abbas ( islam )
6. Abu talib
7. Abu lahab ( Abdul Uzza )
8. Abdul Ka’abah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha ( Ummu Hakim )
13. Atiqah
14. Arwa
15. Barrah
16. Safiyyah
0 comments:
Post a Comment